SEJARAH

 Pusat Pengembangan Akuakultur Jitra (PPA Jitra) ditubuhkan pada tahun 1974. Mempunyai keluasan tapak 14 hektar, pusat ini telah memuatkan 77 buah kolam. Pada awal operasinya iaitu pada tahun 1975, pusat ini dikenali sebagai Pusat Pembiak Baik Ikan dan kemudiannya pada tahun 1979 sekali lagi namanya ditukarkan kepada Pusat Pengembangan Ikan Air Tawar dan kini pusat ini terkenal dengan nama Pusat Pengembangan Akuakultur Jitra.

 Pusat ini diketuai oleh En. Mohammed Roshaizat bin Mustaffa   bersama 14 orang kakitangan di bawah seliaannya yang terdiri daripada  pelbagai bahagian seperti Bahagian Pentadbiran, Bahagian Pembiakan dan juga Bahagian Pengembangan.

  Tujuan utama penubuhan pusat ini adalah menjadi pusat pengeluaran benih ikan air tawar untuk edaran dan jualan kepada penternak bagi memastikan penternak memperolehi benih GIFT yang berkualiti. Selain itu, menjadi Pusat Pengganda Induk (Broodstock Multiplier Center) Ikan GIFT. Seterusnya, menjadi pusat aktiviti Khidmat Pengembangan Akuakultur dalam aktiviti pengurusan ternakan, pemakanan, Kualiti Air, pengeluaran benih dan penyakit. Akhir sekali, menjadi pusat perpindahan teknologi untuk kakitangan, kumpulan sasar, agensi luar, bakal pesara dan pelajar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan